Sabtu, 10 September 2022

AKTIVITI PERSATUAN PENGGIAT ZAPIN NEGERI JOHOR KEMBALI RANCAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bermula tahun ini aktiviti Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor atau Pe-Zapin telah kembali rancak selepas pengumuman kerajaan ke fasa endemik. Satu senario yang tidak pernah berlaku dalam sejarah wabak penyakit seperti Covid-19 akan merencatkan aktiviti masyarakat dalam era ini. 

    Kini kami kembali dalam memperjuangkan kebudayaan kita. Kami telah melangkah ke arah jauh setakat ini. InshaAllah, kami akan kemaskini perjuangan kami di facebook. Klik link di bawah untuk melihat perkembangan semasa persatuan kami ini. InshaAllah, dengan bantuan dan doa kalian, kita pasti berjaya melihat perkembangan kebudayaan di tanah air kita ini akan terus mekar mengharum dan meningkatkan minat generasi muda kepada kebudayaan negara senditi. 

Mohd Hasrizal bin Yusuf
Naib Yang Dipertua 
Pe-Zapin


Link ke FB Pe-Zapin


Isnin, 19 Julai 2021

PELANTIKAN SEBAGAI NAIB YANG DIPERTUA PE-ZAPIN BAGI PENGGAL 2021 HINGGA 2023



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, saya masih diberi peluang dan ruang untuk bersama-sama dengan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor atau lebih dikenali umum sebagai Pe-Zapin. Satu perkara yang menariknya adalah inilah satu-satu NGO yang paling lama saya bersama. Mempunyai visi dan misi yang jelas memberikan peluang kepada generasi seperti saya untuk berbakti kepada negara tercinta. Melalui Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor, banyak pengalaman diperoleh, suka duka dan pertemuaan bersama tokoh-tokoh zapin di negeri Johor dan di seluruh negara bahkan juga dari negara serantau. Saya masih lagi berharap agar NGO Kebudayaan seperti Pe-Zapin akan terus mendapat perhatian yang sewajarnya. Justeru, saya berharap generasi muda hari ini akan bersama-sama untuk memastikan agar kesenian dan kebudayaan bangsa tidak ketinggalan meskipun dalam arus pemodenan. 

    Cabaran dalam Pandemik Covid 19 amat mencabar. Banyak cerita dan pengalaman yang ingin dikongsi sepanjang kami melaksanakan aktiviti-aktiviti Pe-Zapin sepanjang musim Pandemik Covid 19. Sememangnya besar harapan kami moga kita di seluruh negara divaksinasi supaya kelangsungan hidup dapat diterusnya dengan izin-Nya. InshaAllah, dengan izin-Nya kita akan dilindungi dan dirahmati... Aamin.... InshaAllah, ada kelapangan saya akan ceritakan...

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YDP Pe-Zapin iaitu Encik Ab. Razak bin Rahmat yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meneruskan perjuangan Pe-Zapin. Kepada barisan kepimpinan baharu yang kebanyakknnya dianggotai kepimpinan belia, amatlah diharapkan kalian akan berusaha memastikan matlamat Pe-Zapin terus dipertahankan.

Sekian,

NYP Pe-Zapin

Selasa, 1 Januari 2019

2019

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor mempunyai misi dan matlamat yang perlu dicapai dalam memastikan program-program kebudayaan berkualiti dan menepati aspirasi bangsa dan meningkatkan mutu perkhidmatannya. Banyak lagi tawaran program akan dikhususkan kepada sekolah-sekolah diseluruh negara.


Nantikan....


Isnin, 4 Jun 2018

KUIZ ONLINE SIRI 1 - PROGRAM PERMATA JAUHAR PE-ZAPIN JOHOR 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada sekolah-sekolah di Malaysia yang telah terlibat atau bakal mengikuti Program Permata Jauhar 2018. Satu siri kuiz online telah diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua sekolah yang terlibat pada tahun ini untuk meningkatkan markah terkumpul. 

Berikut maklumat kuiz online tersebut:

KUIZ ONLINE SIRI 1 - PROGRAM PERMATA JAUHAR PE-ZAPIN JOHOR 2018 


No. Kod : 475702



Link ke kuiz online :



Syarat-syarat penyertaan :
  1. Terbuka kepada semua sekolah yang terlibat atau akan terlibat dengan Program Permata Jauhar 2018.
  2. Hanya 5 peserta sahaja yang dibenarkan mengakses kuiz online tersebut bagi setiap sekolah yang menyertai.
  3. Penyertaan adalah percuma.
  4. Isikan nama pelajar dengan label sekolah. Contoh : A-SK MASAI, JOHOR, B-SK MASAI, JOHOR, C-SK MASAI, JOHOR, D-SK MASAI, JOHOR, E-SK MASAI, JOHOR
  5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Jun 2018.
  6. Kuiz online ini boleh digunakan komputer, laptop, tablet dan smartphone yang menpunyai data internet.
  7. Keputusan adalah muktamad.
  8. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di dalam Telegram Program Permata Jauhar.
  9. Isi borang penyertaan(borang boleh diperoleh melalui Telegram Program Permata Jauhar) dan kembalikan semula melalui telegram atau emailkan kepada ppenggiatzapinjohor@gmail.com setelah selesai para peserta menjawabnya.



SELAMAT MENCUBA

PEWARIS UTAMA ZAPIN LAPIS BATU PUTIH

PENGASAS ZAPIN LAPIS BATU PUTIH


En Ahmad Nor bin Hj Jaafar merupakan pewaris utama Zapin Lapis Batu Putih. 
Zapin ini diasaskan oleh bapanya Tuan Hj Jaafar Bin Hj Aris yang menetap di Kg Lapis Batu Putih, Batu Pahat. Pergerakkan zapin ini berpengaruh daripada langkah zapin arab kerana Tuan Hj Jaafar mempelajari tarian zapin ini daripada seorang rakan seperjuangannya yang bernama Sheikh Syed Hassan dan perkembangkan di kampung tersebut.

PENGGIAT DAN PEWARIS ZAPIN PUTAR LAM

PENGASAS ZAPIN PUTAR LAM


En Sabri bin Mahmood merupakan seorang penggiat dan pewaris seni tari Zapin Putar Lam dari daerah Muar, Johor. 
Beliau mempelajari seni tari zapin tersebut daripada Allahyarham Saadan bin Zubir iaitu pengasas Zapin Putar Lam. Keunikan tarian Zapin Putar Lam ini ialah pergerakan berputar yang dilakukan oleh penari. Terdapat langkah yang berbeza di antara penari lelaki dan perempuan.

PENERUS ZAPIN PAT LIPAT


PENERUS ZAPIN PAT LIPAT


En Mohd Amin bin Hj Ma’osum yang dilahirkan pada tahun 1955 merupakan penerus Zapin Pat Lipat dari daerah Muar. 
Beliau mempelajari tarian tersebut daripada En Nasir bin Mahmud Sulaiman iaitu generasi ketiga pewaris Zapin Pat Lipat. Ianya diasaskan oleh seorang guru agama yang dikenali sebagai Imam Haji Yusak dari Parit Bugis, Muar. En Mohd Amin juga mahir bermain alat muzik seperti gambus dan peti harmonium.

PENERUS ZAPIN MAPOM

PENGASAS ZAPIN MAPOM


En Mian bin Sulaiman merupakan penerus Zapin Mapom yang bergiat aktif di Kg Parit Yusof, Muar. 
Beliau yang mempelajari seni tari zapin ini daripada abang
saudaranya En Sahip bin Salam pada sekitar tahun 1953 ketika beliau berumur 17 tahun. Perkataan Mapom yang digunakan adalah daripada cara pukulan marwas yang mengiringi tarian zapin tersebut.

PENERUS ZAPIN PADANG SARI

PENGASAS ZAPIN PADANG SARI


Tuan Hj Saim bin Ros yang dilahirkan di Kg Pt Hj Rasul Batu Pahat, Johor.

Beliau telah mempelajari tarian zapin ini dalam tahun 1960-an ketika beliau berumur 20 tahun. Beliau mendapat bimbingan daripada 2 orang guru yang bernama Wak Muh Benjol dan Tuan Haji Surjat. Pergerakan zapin tersebut agak unik kerana terdapat pergerakkan kaki kebelakang bagi memulakan langkah.

PENGASAS ZAPIN PARIT MASTAR


PENGASAS ZAPIN PARIT MASTAR


Allahyarham Tuan Hj Keliwon bin Hj Denan merupakan pengasas Zapin Parit Mastar dari daerah Pontian. Allahyarham dilahirkan pada 20 Julai 1934 dan mempelajari seni tari zapin tersebut daripada 
seorang yang bernama Wak Jamari.

Kesenian tersebut diturunkan kepada anak perempuan beliau yang bernama Zubaidah serta suaminya Allahyarham Miswan. Zapin Pt. Mastar mempunyai 11 langkah dan setiap langkah mempunyai pergerakkan yang unik sekali.

AKTIVITI PERSATUAN PENGGIAT ZAPIN NEGERI JOHOR KEMBALI RANCAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bermula tahun ini aktiviti Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor atau Pe-Zapin telah kem...