Isnin, 4 Jun 2018

KUIZ ONLINE SIRI 1 - PROGRAM PERMATA JAUHAR PE-ZAPIN JOHOR 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada sekolah-sekolah di Malaysia yang telah terlibat atau bakal mengikuti Program Permata Jauhar 2018. Satu siri kuiz online telah diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua sekolah yang terlibat pada tahun ini untuk meningkatkan markah terkumpul. 

Berikut maklumat kuiz online tersebut:

KUIZ ONLINE SIRI 1 - PROGRAM PERMATA JAUHAR PE-ZAPIN JOHOR 2018 


No. Kod : 475702



Link ke kuiz online :



Syarat-syarat penyertaan :
  1. Terbuka kepada semua sekolah yang terlibat atau akan terlibat dengan Program Permata Jauhar 2018.
  2. Hanya 5 peserta sahaja yang dibenarkan mengakses kuiz online tersebut bagi setiap sekolah yang menyertai.
  3. Penyertaan adalah percuma.
  4. Isikan nama pelajar dengan label sekolah. Contoh : A-SK MASAI, JOHOR, B-SK MASAI, JOHOR, C-SK MASAI, JOHOR, D-SK MASAI, JOHOR, E-SK MASAI, JOHOR
  5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Jun 2018.
  6. Kuiz online ini boleh digunakan komputer, laptop, tablet dan smartphone yang menpunyai data internet.
  7. Keputusan adalah muktamad.
  8. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di dalam Telegram Program Permata Jauhar.
  9. Isi borang penyertaan(borang boleh diperoleh melalui Telegram Program Permata Jauhar) dan kembalikan semula melalui telegram atau emailkan kepada ppenggiatzapinjohor@gmail.com setelah selesai para peserta menjawabnya.



SELAMAT MENCUBA

PEWARIS UTAMA ZAPIN LAPIS BATU PUTIH

PENGASAS ZAPIN LAPIS BATU PUTIH


En Ahmad Nor bin Hj Jaafar merupakan pewaris utama Zapin Lapis Batu Putih. 
Zapin ini diasaskan oleh bapanya Tuan Hj Jaafar Bin Hj Aris yang menetap di Kg Lapis Batu Putih, Batu Pahat. Pergerakkan zapin ini berpengaruh daripada langkah zapin arab kerana Tuan Hj Jaafar mempelajari tarian zapin ini daripada seorang rakan seperjuangannya yang bernama Sheikh Syed Hassan dan perkembangkan di kampung tersebut.

PENGGIAT DAN PEWARIS ZAPIN PUTAR LAM

PENGASAS ZAPIN PUTAR LAM


En Sabri bin Mahmood merupakan seorang penggiat dan pewaris seni tari Zapin Putar Lam dari daerah Muar, Johor. 
Beliau mempelajari seni tari zapin tersebut daripada Allahyarham Saadan bin Zubir iaitu pengasas Zapin Putar Lam. Keunikan tarian Zapin Putar Lam ini ialah pergerakan berputar yang dilakukan oleh penari. Terdapat langkah yang berbeza di antara penari lelaki dan perempuan.

PENERUS ZAPIN PAT LIPAT


PENERUS ZAPIN PAT LIPAT


En Mohd Amin bin Hj Ma’osum yang dilahirkan pada tahun 1955 merupakan penerus Zapin Pat Lipat dari daerah Muar. 
Beliau mempelajari tarian tersebut daripada En Nasir bin Mahmud Sulaiman iaitu generasi ketiga pewaris Zapin Pat Lipat. Ianya diasaskan oleh seorang guru agama yang dikenali sebagai Imam Haji Yusak dari Parit Bugis, Muar. En Mohd Amin juga mahir bermain alat muzik seperti gambus dan peti harmonium.

PENERUS ZAPIN MAPOM

PENGASAS ZAPIN MAPOM


En Mian bin Sulaiman merupakan penerus Zapin Mapom yang bergiat aktif di Kg Parit Yusof, Muar. 
Beliau yang mempelajari seni tari zapin ini daripada abang
saudaranya En Sahip bin Salam pada sekitar tahun 1953 ketika beliau berumur 17 tahun. Perkataan Mapom yang digunakan adalah daripada cara pukulan marwas yang mengiringi tarian zapin tersebut.

PENERUS ZAPIN PADANG SARI

PENGASAS ZAPIN PADANG SARI


Tuan Hj Saim bin Ros yang dilahirkan di Kg Pt Hj Rasul Batu Pahat, Johor.

Beliau telah mempelajari tarian zapin ini dalam tahun 1960-an ketika beliau berumur 20 tahun. Beliau mendapat bimbingan daripada 2 orang guru yang bernama Wak Muh Benjol dan Tuan Haji Surjat. Pergerakan zapin tersebut agak unik kerana terdapat pergerakkan kaki kebelakang bagi memulakan langkah.

PENGASAS ZAPIN PARIT MASTAR


PENGASAS ZAPIN PARIT MASTAR


Allahyarham Tuan Hj Keliwon bin Hj Denan merupakan pengasas Zapin Parit Mastar dari daerah Pontian. Allahyarham dilahirkan pada 20 Julai 1934 dan mempelajari seni tari zapin tersebut daripada 
seorang yang bernama Wak Jamari.

Kesenian tersebut diturunkan kepada anak perempuan beliau yang bernama Zubaidah serta suaminya Allahyarham Miswan. Zapin Pt. Mastar mempunyai 11 langkah dan setiap langkah mempunyai pergerakkan yang unik sekali.

PENERUS ZAPIN LENGA


PENGASAS ZAPIN LENGA


En Sukur bin Basir merupakan seorang penerus dan pewaris bagi Zapin Lenga. Beliau yang menetap di Kg Baharu, Lenga 28 kini bergiat aktif mengembangkan seni tari Zapin Lenga. Beliau yang mula menceburkan diri pada usia 13 tahun mendapat tunjuk ajar dari Pengasas zapin tersebut iaitu Allahyarham Rabu bin Haron dari Kampung Lenga, Muar. Zapin Lenga mempunyai 4 jenis langkah yang begitu unik dan tertib

PENGASAS ZAPIN PULAU

PENGASAS ZAPIN PULAU
En Ahmad bin Hj Abd Rahman atau nama panggilannya Pak Mat merupakan pengasas Zapin Pulau dari daerah Mersing. Beliau yang berasal daripada Pulau Aur, Mersing mula bergiat dalam seni zapin sejak berumur 12 tahun lagi. Kini beliau menetap di Kg Sri Lumpur dan di antara langkah-langkah zapin ciptaannya adalah Langkah Lurus, Langkah Serong, 
Langkah Udang dan sebagainya

PENGASAS ZAPIN SERI BUNIAN

PENGASAS ZAPIN SERI BUNIAN
Allahyarham Tuan Hj Jaafar bin Ikhwan atau lebih dikenali dengan nama Wak Gendu merupakan pengasas Zapin Seri Bunian dari daerah Pontian. Allahyarham telah menetap di Kampung Seri Bunian dan bergiat aktif dalam seni zapin. Mempelajari seni tarian ini daripada seorang penggiat seni zapin yang berasal dari Pekalongan, Jawa Indonesia. Terdapat 7 jenis langkah yang dimulakan dengan Langkah 1 sehingga 7.



PENGASAS ZAPIN TENGLU

PENGASAS ZAPIN TENGLU
Allahyarham Yaakob bin Amir Hamzah atau Pak Akob merupakan pengasas Zapin Tenglu dari daerah Mersing. Allahyarham berkecimpung dalam seni zapin sejak berusia 18 tahun dari seorang Tuan Sheikh Arab yang bernama Sheikh Ali. Antara langkah-langkah Zapin Tenglu adalah Langkah Asas atau Langkah 3, Langkah 4, Langkah 12, Langkah Susur Batang dan sebagainya.

Ahad, 3 Jun 2018

PENGENALAN TENTANG SENI TARI MELAYU TRADISIONAL

PENGENALAN

1.     Apakah itu TARIAN ?

Tarian merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik . Tarian boleh dilakukan secara bersendirian , berpasangan atau berkumpulan.

2.     Mengenali jenis – jenis tarian tradisional Melayu.

Tarian Asli
Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu – lagu asli Melayu.Wujud daripada rentak dan irama Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam DondangSayang.Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian – tarian asli yang dicipta daripada lagu – lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan,Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi.Tarian Asli boleh didapati seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.

Tarian Inang 
Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia Sering dipersembahkan di majlis – majlis sosial.Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana,biola dan gendang. Semasa menari,para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna warni. Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang memberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat. Tempo pergerakan Tarian Inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong.Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri.Lengok tari inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diperagakan dalam tarian tersebut.

Tarian Zapin
Perkataan Zapin berasal dari kata al–zaffan, iaitu gerak kaki. Zapin berkembang dan menghasilkan dua pola lantai yang berbeza iaitu Zapin Arab yang pola gerakannya berbentuk zig-zag dan Zapin Melayu berbentuk huruf “alif “ ( lurus ) . Sejarah Zapin adalah berasal dari Yaman Selatan ( Hadramaut )merupakan sejenis irama atau rentak dalam seni muzik tradisional. Zapin juga adalah sejenis tarian rakyat orang Arab .Pada abad ke 13, tarian ini masuk ke pulauan Riau yang dibawa oleh pedagang – pedagang Arab. Sewaktu orang Arab datang ke kawasan Asia Tenggara, mereka turut membawa kebudayaan Arab termasuk seni muzik dan tarian. Ia menjadi terus tersebar pada abad ke 15 terutamanya oleh pendakwah – pendakwah Islam dari negara Arab dan Zapin Melayu telah menjadi lebih nyata sebagai satu permainan anak muda dan golongan tua di zaman kesultanan Melayu Johor Lama dan kesultanan Johor–Riau–Lingga terutamanya setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis 1511.

Tarian Joget
Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional . Tarian ini dipengaruhi oleh Kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai – bagai kaum di Malaysia. Ia juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini , terdapat pelbagai jenis lagu – lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut , Joget 106, Joget Johor Sport Club dan lain – lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai –ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.

Sumber: Pe-Zapin Johor

AKTIVITI PERSATUAN PENGGIAT ZAPIN NEGERI JOHOR KEMBALI RANCAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bermula tahun ini aktiviti Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor atau Pe-Zapin telah kem...