Isnin, 19 Julai 2021

PELANTIKAN SEBAGAI NAIB YANG DIPERTUA PE-ZAPIN BAGI PENGGAL 2021 HINGGA 2023



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, saya masih diberi peluang dan ruang untuk bersama-sama dengan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor atau lebih dikenali umum sebagai Pe-Zapin. Satu perkara yang menariknya adalah inilah satu-satu NGO yang paling lama saya bersama. Mempunyai visi dan misi yang jelas memberikan peluang kepada generasi seperti saya untuk berbakti kepada negara tercinta. Melalui Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor, banyak pengalaman diperoleh, suka duka dan pertemuaan bersama tokoh-tokoh zapin di negeri Johor dan di seluruh negara bahkan juga dari negara serantau. Saya masih lagi berharap agar NGO Kebudayaan seperti Pe-Zapin akan terus mendapat perhatian yang sewajarnya. Justeru, saya berharap generasi muda hari ini akan bersama-sama untuk memastikan agar kesenian dan kebudayaan bangsa tidak ketinggalan meskipun dalam arus pemodenan. 

    Cabaran dalam Pandemik Covid 19 amat mencabar. Banyak cerita dan pengalaman yang ingin dikongsi sepanjang kami melaksanakan aktiviti-aktiviti Pe-Zapin sepanjang musim Pandemik Covid 19. Sememangnya besar harapan kami moga kita di seluruh negara divaksinasi supaya kelangsungan hidup dapat diterusnya dengan izin-Nya. InshaAllah, dengan izin-Nya kita akan dilindungi dan dirahmati... Aamin.... InshaAllah, ada kelapangan saya akan ceritakan...

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YDP Pe-Zapin iaitu Encik Ab. Razak bin Rahmat yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meneruskan perjuangan Pe-Zapin. Kepada barisan kepimpinan baharu yang kebanyakknnya dianggotai kepimpinan belia, amatlah diharapkan kalian akan berusaha memastikan matlamat Pe-Zapin terus dipertahankan.

Sekian,

NYP Pe-Zapin

AKTIVITI PERSATUAN PENGGIAT ZAPIN NEGERI JOHOR KEMBALI RANCAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bermula tahun ini aktiviti Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor atau Pe-Zapin telah kem...